Admin banyak mendapat soalan popular iaitu berkenaan modal untuk memulakan perniagaan taska daripada ibu bapa. Soalan ini rupanya telah lama dijawab oleh penulis blog Sofiya. Berikut petikan tersebut:
Masalah #2
"Kawan saya ada menjalankan perniagaan tadika, dan beliau memulakan perniagaan tersebut dengan modal tidak kurang dari RM40,000 dan ada juga yang sampai RM100,000. Saya tidak mempunyai modal yang banyak seperti beliau. Walaupun saya amat berminat untuk menceburi perniagaan ini tetapi saya tidak dapat meneruskan minat tersebut kerana masalah modal yang tidak mencukupi.
Kebanyakan mereka yang memulakan perniagaan tadika dengan modal awal sebanyak RM40,000 hingga RM100,000. Sebenarnya tidak ada peraturan yang menetapkan berapakah modal yang diperlukan untuk sebuah perniagaan tadika, ianya terpulang kepada kemampuan masing-masing. Tetapi bagi mereka yang kurang kemampuan dan tidak mempunyai modal yang banyak, ada jalan penyelesaiannya. Antaranya anda perlu membuat perancangan bajet yang terperinci. Anda perlu tahu berapakah bajet dan kos sebenar untuk peralatan tadika, alat permainan, kos keceriaan, sewa premis perniagaan dan sebagainya.
Admin: Walaubagaimanapun mengikut pendedahan sebenar penulis blog itu tadi beliau memulakan perniagaan dengan modal lebih kurang RM 15,000 pada tahun 2002.
[Artikel dipetik dari mytaska.com]
Tetapi kebanyakan orang Melayu nak berniaga tapi takut nak keluar modal. Orang Melayu takut keluar modal sebab takut rugi. Setiap peluang berniaga tak berani ambil kerana takut rugi. Setiap perniagaan mesti ada risiko masing-masing. Rata-rata seri jumpa mereka yang nak berniaga semuanya tanya pasal untung. Cara untuk memulakan perniagaan adalah dengan membuat study and homework sendiri.
BalasPadam