Bagi pengoperasian sesebuat taska, sudah tentu anda tidak dapat lari dari perbelanjaan bulanan. Contoh perbelanjaan bulanan yang biasa dihadapi oleh pengusaha taska adalah seperti berikut:-
a. gaji pekerja, caruman majikan untuk KWSP dan PERKESO
b. makan-minum kanak-kanak
c. sewa premis
d. bil utiliti (air, elektrik dan telefon)
e. alat tulis / peralatan untuk aktiviti kanak-kanak
f. peralatan cucian dan kebersihan (tandas, lantai, pinggan mangkuk)
g. lain-lain perbelanjaan runcit.
h. perbelanjaan peralatan
i. rak dan kotak untuk menyimpan alat mainan kanak-kanak
j. alat mainan kanak-kanak
Bagaimana untuk membayar atau menampung kos perbelanjaan bulanan ini? Perbelanjaan dari a hingga g harus dibayar dari upah bulanan yang dibayar oleh ibubapa kepada taska anda (yuran bulanan yang diperolehi). Manakala perbelanjaan dari h hingga j harus dibayar dari wang simpanan anda atau dari untung terkumpul yang anda perolehi dari perniagaan taska.
Bagi seorang pengusaha taska, anda perlu tahu mengagihkan pendapatan bulanan dengan teratur dan sistematik. Contohnya bayaran caruman majikan untuk KWSP dan PERKESO, anda perlu patuh kepada Akta Buruh di mana anda perlu membuat caruman untuk pekerja-pekerja anda. Setelah membayar semua perbelanjaan a hingga g, maka baki wang yang tinggal adalah keuntungan anda.
Keuntungan tersebut juga perlu diagihkan untuk beberapa perkara contohnya untuk membeli peralatan tambahan, membaiki kerosakan dan sebagainya. Dengan kata lain, pengusaha taska yang berjaya tidak akan menggunakan semua keuntungan bulanan yang diperolehinya tetapi akan menyimpan sebahagiannya dan hanya menggunakan wang simpanan tersebut apabila diperlukan.
(Artikel ini dipetik dari blog http://mytaska.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.