SELAMAT DATANG KE BLOG TASKA JAYA BESTARI

TASKA I PENDIDIKAN I PENJAGAAN KANAK-KANAK I BAYI I PERKEMBANGAN KANAK-KANAK I TASKA MELAYU ISLAM I PENJAGAAN TRANSIT I PENJAGAAN MALAM I PENJAGAAN SABTU AHAD I IQRA' I BUKIT JALIL

Sabtu, 27 Februari 2010

IKLAN KERJA KOSONG

MENCARI PEKERJA SEPERTI BERIKUT:

1. PENGASUH KANAK-KANAK
2. GURU MENGAJI AL QURAN
3. GURU TASKA

KEMUDAHAN:
1. BERDEKATAN DENGAN LRT BUKIT JALIL DAN SRI PETALING
2. TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN
3. BIL ELEKTRIK DAN BIL AIR PERCUMA
4. KENAIKAN GAJI BERDASARKAN PRESTASI

GAJI DITAWARKAN RM 500 - 1 000

BERMINAT SILA TINGGALKAN NO TELEFON DAN NAMA
ATAU
HUBUNGI PUAN SITI DI TALIAN 0163685556

PENDAFTARAN KANAK-KANAK

Pendaftaran boleh dibuat dengan berkunjung ke

3RD FLOOR VISTA KOMANWEL C
BUKIT JALIL 57000 KUALA LUMPUR


Anda juga boleh menghubungi Puan Siti di talian 016-3685556

MODAL TASKA

Admin banyak mendapat soalan popular iaitu berkenaan modal untuk memulakan perniagaan taska daripada ibu bapa. Soalan ini rupanya telah lama dijawab oleh penulis blog Sofiya. Berikut petikan tersebut:



Masalah #2
"Kawan saya ada menjalankan perniagaan tadika, dan beliau memulakan perniagaan tersebut dengan modal tidak kurang dari RM40,000 dan ada juga yang sampai RM100,000. Saya tidak mempunyai modal yang banyak seperti beliau. Walaupun saya amat berminat untuk menceburi perniagaan ini tetapi saya tidak dapat meneruskan minat tersebut kerana masalah modal yang tidak mencukupi.



Kebanyakan mereka yang memulakan perniagaan tadika dengan modal awal sebanyak RM40,000 hingga RM100,000. Sebenarnya tidak ada peraturan yang menetapkan berapakah modal yang diperlukan untuk sebuah perniagaan tadika, ianya terpulang kepada kemampuan masing-masing. Tetapi bagi mereka yang kurang kemampuan dan tidak mempunyai modal yang banyak, ada jalan penyelesaiannya. Antaranya anda perlu membuat perancangan bajet yang terperinci. Anda perlu tahu berapakah bajet dan kos sebenar untuk peralatan tadika, alat permainan, kos keceriaan, sewa premis perniagaan dan sebagainya.

Admin: Walaubagaimanapun mengikut pendedahan sebenar penulis blog itu tadi beliau memulakan perniagaan dengan modal lebih kurang RM 15,000 pada tahun 2002.

[Artikel dipetik dari mytaska.com]

KRITERIA TASKA YANG BERKUALITI

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung setia blog ini,

pejam celik pejam celik rupanya hampir 1 bulan saya tidak menulis di blog ini. Rasanya semakin cepat saya berlari, semakin pantas masa meninggalkan saya? Hari ini saya ingin berikan tip penting bagaimana menjadikan TASKA kita sebuah TASKA yang berkualiti.

Berikut adalah kriteria-kriteria TASKA yang berkualiti:-

1. had bilangan kanak-kanak yang diambil seharusnya mengambil kira nisbah ruang yang sedia ada. keluasan lantai untuk setiap orang kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi. Ruang di dapur, stor, tandas, pejabat dan tempat laluan tidak boleh diambil kira.

2. nisbah pengasuh dan kanak-kanak menepati syarat berikut:-

a. 1 orang pengasuh untuk 5 orang kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah

b. 1 orang pengasuh untuk 10 orang kanak-kanak yang berumur 3 – 4 tahun ke bawah

[Artikel ini dipetik dari mytaska.com

PENGURUSAN PERBELANJAAN TASKA

Bagi pengoperasian sesebuat taska, sudah tentu anda tidak dapat lari dari perbelanjaan bulanan. Contoh perbelanjaan bulanan yang biasa dihadapi oleh pengusaha taska adalah seperti berikut:-

a. gaji pekerja, caruman majikan untuk KWSP dan PERKESO

b. makan-minum kanak-kanak

c. sewa premis

d. bil utiliti (air, elektrik dan telefon)

e. alat tulis / peralatan untuk aktiviti kanak-kanak

f. peralatan cucian dan kebersihan (tandas, lantai, pinggan mangkuk)

g. lain-lain perbelanjaan runcit.

h. perbelanjaan peralatan

i. rak dan kotak untuk menyimpan alat mainan kanak-kanak

j. alat mainan kanak-kanak


Bagaimana untuk membayar atau menampung kos perbelanjaan bulanan ini? Perbelanjaan dari a hingga g harus dibayar dari upah bulanan yang dibayar oleh ibubapa kepada taska anda (yuran bulanan yang diperolehi). Manakala perbelanjaan dari h hingga j harus dibayar dari wang simpanan anda atau dari untung terkumpul yang anda perolehi dari perniagaan taska.

Bagi seorang pengusaha taska, anda perlu tahu mengagihkan pendapatan bulanan dengan teratur dan sistematik. Contohnya bayaran caruman majikan untuk KWSP dan PERKESO, anda perlu patuh kepada Akta Buruh di mana anda perlu membuat caruman untuk pekerja-pekerja anda. Setelah membayar semua perbelanjaan a hingga g, maka baki wang yang tinggal adalah keuntungan anda.

Keuntungan tersebut juga perlu diagihkan untuk beberapa perkara contohnya untuk membeli peralatan tambahan, membaiki kerosakan dan sebagainya. Dengan kata lain, pengusaha taska yang berjaya tidak akan menggunakan semua keuntungan bulanan yang diperolehinya tetapi akan menyimpan sebahagiannya dan hanya menggunakan wang simpanan tersebut apabila diperlukan.

(Artikel ini dipetik dari blog http://mytaska.com)

Jumaat, 26 Februari 2010

Latar Belakang

Ditubuhkan pada Mac 2008. Hak milik sepenuhnya oleh bumiputera Melayu. Dikendalikan oleh staf bumiputera Melayu terlatih yang mempunyai sijil kursus KAKK.

Lokasi taska adalah di kondominium Vista Komanwel C, Bukit Jalil. Keluasan taska adalah 2057 kaki persegi. Dilengkapi dengan kolam renang dan mini taman permainan.

Taska beroperasi dari pukul 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. Menjaga bayi dan kanak-kanak dari lingkungan 0-6 tahun. Penjagaan harian serta penjagaan pada hari Sabtu dan Ahad juga disediakan. Ibu bapa yang berminat boleh menghubungi Puan Siti di talian 0163685556.